Sejarah
penubuhan Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKI) INTAN Wilayah
Utara
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ditubuhkan secara rasminya
pada tahun 1972 di Jalan Elmu, Kuala Lumpur. Sebelum itu ia
dikenali sebagai pusat latihan pegawai-pegawai kerajaan.INTAN,
salah satu bahagian di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab
memberi latihan yang berkualiti dan berkesan dalam pelbagai
bidang kepada perjawat awam.
Aktiviti latihan INTAN termasuklah
mengendalikan kursus-kursus mandatori bagi kenaikan pangkat
dan pengesahan dalam jawatan, kerjasama dengan institusi latihan
tempatan dan luar negara, penyelidikan, penerbitan dan khidmat
perundingan.
Sejarah penubuhan INTAN:
1983 - Perasmian tiga buah kampus
wilayah iaitu INTAN kampus wilayah utara (INTURA) di Sungai
Petani, Kedah; INTAN kampus wilayah timur (INTIM) di Kemaman,
Terengganu; dan INTAN kampus wilayah selatan (IKWAS) di Kluang,
Johor.
1984 - Perasmian kampus utama
di Bukit Kiara, Kuala Lumpur
1998 - Kampus di jalan Elmu dijadikan
INTAN kampus wilayah tengah (INTENGAH)
1999 - Penubuhan INTAN Sarawak
2001 - Penubuhan INTAN Sabah
INTAN Kampus Wilayah Utara (
INTURA ) diterajui oleh seorang pengarah wilayah (PTD Gred
54) dan terdiri daripada 4 bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran,
Bahagian Latihan, Bahagian Domestik dan Pusat Sumber Maklumat.
INTAN Wilayah Utara terletak di kawasan seluas 50 ekar sejauh
5 KM dari Bandar Sungai Petani Kedah Darul Aman. Ia dibuka
secar rasmi oleh DYMM Tunku Hj. Abdul Halim Muadzam Shah Ibni
Almarhum Sultan Badlishah iaitu Sultan Kedah pada 21 Julai
1983 sempena perayaan Jubli Perak pemerintahan Baginda.
Selaras dengan penubuhan INTURA,
pihak pengurusan merasakan perlu ditubuhkan kelab sukan dan
kebajikan INTAN dalam membantu menyelaras aktiviti yang melibatkan
warga.